Bengkel Pembangunan Dashboard AIM For TVET JPN Perak
Wow, projek dashboard AIM For TVET!
Bayangkan keterujaan kami bila dapat peluang menyumbang dalam pembangunan dashboard AIM For TVET – bukan sekadar satu projek, tapi satu misi besar untuk masa depan pendidikan teknikal dan vokasional di Perak!
Segalanya bermula dengan satu jemputan dari Sektor Pembelajaran JPN Perak. Kami tak sangka diberi kepercayaan untuk terlibat secara langsung. Perasaan masa tu? Campur aduk – teruja, gementar, tapi paling utama… rasa SYUKUR dan BANGGA!
Kemuncaknya, dashboard yang kami bangunkan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak sendiri! Ya, betul – dalam program Jelajah TVET Bersama Cikgu Saarani. Masa tu, semua usaha yang dicurahkan rasa sangat berbaloi. Tiba-tiba terus rasa macam nak buat lebih lagi!
Dan sepanjang proses tu, kami sempat menyertai 3 siri bengkel yang sangat happening – dua di SSTP JPN Perak dan satu lagi di PPD Batang Padang. Setiap bengkel penuh dengan idea, semangat dan gelak tawa. Yang paling best, dapat bekerjasama dengan Edufluencers dan SISC+ dari pelbagai daerah – masing-masing datang dengan kepakaran tersendiri, menjadikan suasana bengkel hidup dan penuh inspirasi.
Dashboard TVET, kami bangunkan dengan semangat berkobar-kobar!
"Selagi hayat dikandung badan, akan kucurahkan segala keringat untuk Dunia pendidikan di Malaysia".. Jumpa lagi!
Catat Ulasan