Dapat Duit ke Join Akademi Youtuber?

Dapat Duit ke Join Akademi Youtuber?



Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!

Dapat Duit ke Join Akademi Youtuber?

Kalau soalan ini diajukan kepada mana-mana ahli Akademi Youtuber (AYU), pasti mereka tersenyum sambil menggeleng kepala. Jawapannya mudah – tidak. Tapi tunggu dulu, jangan terus tutup tab! Walaupun tiada wang ringgit menanti, ada sesuatu yang jauh lebih bernilai daripada sekadar angka dalam akaun bank.



AYU: Perjuangan Tanpa Tag Harga

Akademi Youtuber adalah sebuah inisiatif yang lahir daripada semangat guru-guru Malaysia. Penyertaan? Percuma. Janji pulangan kewangan? Tiada. Modal? Hanya semangat dan keinginan untuk belajar.

Jadi, kalau tiada duit, kenapa ramai yang masih aktif? Sebab AYU bukan tentang mencari keuntungan, tapi tentang membina komuniti pencipta kandungan digital, khususnya dalam dunia pendidikan. Kami mahu lebih ramai guru mahir dalam menghasilkan video berkualiti, mengisi YouTube dengan ilmu, dan berkongsi manfaat kepada lebih ramai pelajar serta masyarakat.

Kalau Bukan Duit, Apa Yang Kami Dapat?

Ilmu! Di AYU, ada banyak sesi perkongsian daripada pakar yang sedia membantu. Ilmu yang dikongsi bukan sahaja memudahkan perjalanan sebagai pencipta kandungan, malah ada yang akhirnya berjaya membina jenama sendiri di dunia digital.

Kami percaya, cukup sudah gaji yang diberikan oleh kerajaan. AYU hanyalah pelengkap – tempat kami memberi semula kepada komuniti dan berkongsi apa yang kami tahu. Jika ilmu itu boleh membantu seseorang guru atau pelajar di luar sana, itu lebih bermakna daripada segala bentuk bayaran.






Lebih menarik, para mentor di AYU bukan calang-calang orang! Mereka terdiri daripada guru-guru berpengalaman yang sudah menempuh pelbagai cabaran dalam dunia digital. Masa mereka lebih mahal dari apa yang mampu anda bayar, tetapi mereka tetap sudi meluangkan masa, membimbing tanpa sebarang bayaran, hanya dengan satu syarat—anda perlu bayar dengan komitmen! Jika anda sanggup belajar, bertanya, dan terus konsisten, ilmu yang mereka curahkan akan jadi pelaburan terbesar dalam perjalanan anda sebagai pencipta kandungan. Ini adalah anugerah untuk dunia pendidikan digital di Malaysia.



Kami Nekad!

Jadi, walaupun tiada bayaran atau keuntungan kewangan, semangat kami takkan padam. Kami tetap akan membimbing guru-guru Malaysia untuk menjadi pencipta kandungan digital yang hebat.

Selagi ada guru yang ingin belajar, selagi ada semangat untuk berkongsi, AYU akan terus menyala!


#AkademiYoutuberMalaysia #PERCUMA #AdikBeradikAYU #KitaBantuKita #CikguSuffi #EduFluencersKPM #TerusMenyala #KitaTerusMara

BACA JUGA :

🔴 Siaran langsung temu bual Selamat Pagi Malaysia, RTM bersama Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly

🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan

🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023

🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.




Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top