Kerana Edufluencers saya temui kaedah siapkan video paling mudah dan pantas!

Kerana Edufluencers saya temui kaedah siapkan video paling mudah dan pantas!


Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!

Ikhtiar terakhir untuk memastikan semua guru yang berminat untuk menyertai kempen pencarian Edufluencers dapat menghantar video mereka dalam tempoh masa yang ditetapkan. 




Hari ini boleh dikatakan hari paling sibuk kerana selepas selesai majlis bersama dengan Menteri Besar Perak di Ipoh terus bergegas pulang untuk menyambung sesi perkongsian bersama dengan lebih 50 orang guru dari seluruh negeri Perak dalam program bimbingan akhir bagi menyiapkan video resume masing-masing. 

Berkonsepkan santai, semenjak dua menjak ini saya sering terfikir apa kaedah yang boleh saya bantu supaya setiap guru menggangap membina video ini tidaklah begitu sukar sehinggakan saya bertemu dengan kaedah yang paling mudah, murah dan pantas! 


Semalam guru-guru Perak menyaksikan teknik yang saya baru saja temui di mana saya yakin teknik ini sesuai untuk pelbagai lapisan umur tanpa mengira tahap pengetahuan IT masing-masing, tiada istilah teknikal yang membosankan dan segalanya ibarat bermain susun puzzle sahaja. 




Terima kasih semua insan terpilih yang hadir semalam, datang dengan segenggam impian, kami iringi dengan selautan harapan, insyaAllah pulang dengan 1001 kejayaan! 



BACA JUGA :

🔴 Siaran langsung temu bual Selamat Pagi Malaysia, RTM bersama Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly

🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan

🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023

🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.




Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top