Bengkel Kerja Pembinaan Bahan Permohonan Edufluencers 4.0

Bengkel Kerja Pembinaan Bahan Permohonan Edufluencers 4.0


Datang dengan segenggam impian, kami iringi dengan selautan harapan, insyaAllah pulang dengan 1001 kejayaan! 


Saya amat kagum dengan semangat guru-guru yang hadir ke bengkel pada hari ini, bukan kerana inginkan sesuatu yang tersembunyi tetapi lebih kepada ingin menyampaikan mesej betapa tingginya nilai cinta kepada dunia pendidikan yang diceburi. 


Seharian berkampung di SSTP, JPN Perak hari ini membimbing rakan-rakan guru dari seluruh negeri Perak yang ingin menyertai komuniti paling aktif, kreatif, inovatif dan positif di dunia!. Ya Edufluencers KPM. 


Storyboard dah siap, Hook dah siap, B-Roll dah ada dalam folder, Recap dan Callback semuanya lengkap, CTA pun bukan biasa-biasa... bersama kita nantikan sesuatu yang luar biasa dari negeri Perak. Terbaik kome!!! 

Semoga semuanya diiktiraf sebagai Edufluencers 4.0


Terbaik!! 🤩🤩🤩

Penghargaan istimewa buat Cik Nisa Kamaruddin Penolong Pengarah Sektor Pembelajaran selaku PIC EFs Perak, dan Tuan Roslah KPPK Sains Math Sektor Pembelajaran JPN Perak di atas ruang dan peluang. Kita terus mara! 


"Sendirian kita biasa, bersama jadi luar biasa"  

#edufluencersperak 
#EdufluencersKPM 
#AkademiYoutuber
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top