Luar Biasa! Murid Sekolah Rendah Ini Berjaya Kumpul Sijil Dari Peringkat Sekolah Hingga Antarabangsa Sebelum ke Sekolah Menengah
Saya ada cabar murid-murid di sekolah buat sesuatu untuk dapatkan sijil yang ada tandatangan Guru Besar (Peringkat Sekolah) , Pegawai PPD (Peringkat Daerah) , Pengarah Pendidikan Negeri ( Peringkat Negeri), Ketua Pengarah Pendidikan / Menteri Pendidikan / Menteri (Peringkat Kebangsaan) , Peringkat Antarabangsa.
Segalanya tidak mustahil jika kita sebagai guru turut berusaha menjadikannya realiti. Tahun ini, saya membuktikan bahawa murid yang saya bawa dengan nama Pearl Animation Team (PAT) berjaya menyusun dengan penuh senyuman setiap sijil dari peringkat sekolah sehingga antarabangsa!
1. Penghargaan Sekolah ( Guru Besar )
2. Perasmian MuFaDi @ PPD Manjung ( Pegawai PPD )
3. Naib Johan DSTA ( Pengarah JPN )
4. Penyertaan DSTA Kebangsaan ( Pengarah BSTP, KPM )
4. Penyertaan Malaysia Techlympics 2024 Kebangsaan ( Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi )
5. Anugerah Emas International Conference on Teacher Education 2024 ( Chairman Of ICTE24)
Lengkap!
Saya cabar, mereka boleh melihat contoh terdekat rakan di sebelah mereka sendiri yang telah memiliki sijil lengkap pelbagai peringkat sebelum melangkah ke sekolah menengah tahun depan. Kemenjadian murid, satu kepuasan yang sukar untuk digambarkan.
Cikgu dapat anugerah hanya rasa gembira, tapi bila murid yang dapat anugerah cikgu rasa seronok macam dapat 1001 anugerah.
Moga menjadi inspirasi! Kita mampu lakukannya.
2025 kita bawa lebih ramai!
#edufluencerskpm
#edufluencersperak
#akademiyoutuber
#KemPendidikan
Catat Ulasan