SijilXpress: Peserta program mampu mendapatkan sijil masing-masing dalam tempoh kurang daripada 5 saat

SijilXpress: Peserta program mampu mendapatkan sijil masing-masing dalam tempoh kurang daripada 5 saat


Menguruskan Sijil Digital satu ketika dulu bukanlah suatu yang mudah. Penghantaran melalui email menggunakan sistem automatik yang membolehkan data peribadi dilihat oleh pihak ketiga. Selain daripada itu, kos langganan tahunan yang tinggi menyebabkan penganjur program kecil-kecilan berhadapan dengan situasi sukar sekiranya program yang dianjur mendapat sambutan hangat. Lebih memeningkan apabila had maksima email yang boleh dihantar hanya kepada 1,500 peserta dalam tempoh 24 jam. Sekiranya anda menerima 15,000 peserta maka 10 hari perlu dibazirkan untuk urusan penghantaran sijil. Belum lagi disertakan isu lanjutan seperti kesilapan alamat email, system error dan sijil tak sampai. 


Berdasarkan situasi sukar atas pengalaman sendiri seperti yang dinyatakan di atas, maka SijilXpress dibangunkan untuk bawa sinar baharu kepada dunia pencipta kandungan digital khususnya Youtuber Pendidikan di Malaysia. 

Sistem ini membolehkan penganjur program tidak lagi perlu merasa tertekan selepas program selesai, hanya dalam beberapa saat selepas link diberikan kepada peserta, boleh dijamin 99% peserta akan terima sijil digital masing-masing dalam tempoh kurang daripada *5 saat dalam format .pdf yang terus dimuat turun ke peranti masing-masing. 

Berikut contoh sijil yang telah dijana : 


Bersambung...

#SijilXpress
#AkademiYoutuber

*Kelajuan masih bergantung dengan kelajuan peranti masing-masing. 
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top