3,062 OPR telah berjaya dijana secara PERCUMA! , Terima Kasih semua.

3,062 OPR telah berjaya dijana secara PERCUMA! , Terima Kasih semua.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!





Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga pendidik di seluruh negara yang telah menyokong dan memanfaatkan platform MyOPR. Dilancarkan pada awal tahun 2024 yang lalu, MyOPR telah berkembang dengan pesat dan sehingga kini, sebanyak 3,062 OPR telah dijana melalui sistem ini. Jumlah ini terus meningkat setiap hari, menandakan betapa besar impaknya kepada komuniti pendidikan di Malaysia.

Dalam era transformasi digital yang semakin pesat, pendidikan digital telah menjadi satu keperluan bagi memastikan guru dapat siapkan tugasan dengan pantas. Penggunaan teknologi dan inovasi seperti MyOPR bukan sahaja membantu mempermudah proses penyediaan laporan, tetapi juga memperkasakan guru dengan teknologi  yang lebih interaktif, fleksibel dan berkesan. Di Malaysia, pendidikan digital semakin berkembang pesat dengan lebih ramai pendidik mengambil inisiatif untuk menggunakan teknologi dalam urusan seharian. MyOPR adalah satu usaha kecil saya dalam menyokong visi ini, memastikan pendidikan kita selaras dengan perkembangan dunia digital.

Saya amat bersyukur dan berbesar hati dengan sokongan yang anda semua berikan terhadap inovasi ini. MyOPR kini boleh digunakan secara percuma untuk versi 1.4, dan bagi mereka yang mahukan fungsi tambahan, langganan untuk versi Premium juga disediakan. Sokongan anda adalah pendorong utama bagi saya untuk terus mencipta dan memperkembangkan projek-projek inovasi dalam bidang pendidikan digital.

Akhir kata, doakan kelapangan masa dan kekuatan untuk saya terus membangunkan lebih banyak inisiatif seperti ini demi memajukan pendidikan di Malaysia. Semoga MyOPR terus memberi manfaat kepada semua, dan kita bersama-sama menuju masa depan pendidikan yang lebih cemerlang.

Sekian, terima kasih.

Gunakan MyOPR sekarang untuk menjana OPR anda secara pantas! : KLIK DI SINI atau kunjungi https://www.gurucemerlang.com/MyOPR/
 
BACA JUGA :

🔴 Siaran langsung temu bual Selamat Pagi Malaysia, RTM bersama Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly

🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan

🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023

🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.




Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top