Inovasi MuFaDi dirasmikan oleh YB Dato' Ngeh Koo Ham dalam Karnival Digital COE PPD Manjung

Inovasi MuFaDi dirasmikan oleh YB Dato' Ngeh Koo Ham dalam Karnival Digital COE PPD Manjung

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!





Inovasi MuFaDi: Langkah Terbaru dalam Penyampaian Digital

Inovasi MuFaDi, dihasilkan oleh Pearl Animation Team (PAT) yang berpangkalan di SK Pangkalan TLDM, Lumut, Perak. Di bawah bimbingan Cikgu Muhammad Suffi Bin Yusof, selaku Guru Penyelaras ICT, PAT menggunakan teknologi animasi janaan Artificial Intelligence (AI) untuk memperbaharui kaedah penyampaian maklumat. Dengan perubahan teknologi dari teks, gambar, hingga video pendek, PAT melihat potensi animasi sebagai medium berkesan dalam menyampaikan maklumat dengan pantas dan tepat.




MuFaDi juga memberi peluang kepada murid-murid sejak awal lagi untuk meneroka dunia komersial melalui minat mereka seperti melukis dan mewarna, seterusnya menghasilkan watak animasi sendiri. Keupayaan ini membuka ruang kepada murid untuk mencipta kandungan digital berdasarkan kehendak pelanggan, memberi mereka pendedahan awal kepada peluang kerjaya masa depan.





Kreativiti dalam MuFaDi telah menarik perhatian Jabatan Pendidikan Negeri Perak, yang telah menggunakan khidmat PAT dalam Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang SPM, STPM, dan STAM Negeri Perak 2024. Inovasi ini mempersembahkan maklumat dengan cara yang lebih menarik, terkini, dan informatif, memberi impak kepada pelbagai sektor termasuk pendidikan, perniagaan, dan pelancongan.


Uniknya, setiap watak animasi dihasilkan oleh murid sendiri menggunakan ‘Prompt’ dalam aplikasi AI, lengkap dengan suara asli mereka. Keaslian ini menjadikan animasi lebih santai dan menarik untuk penonton. Inovasi MuFaDi dirasmikan oleh YB Dato’ Ngeh Koo Ham semasa Karnival Digital COE PPD Manjung pada 15 Ogos 2024.










Inovasi ini juga mendapat sokongan penuh dari Unit Sumber dan Teknologi PPD Manjung, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, dan Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Perak, serta bimbingan pakar dari Dr. Hamidah Binti Mat, Pensyarah Kanan di Institut Aminuddin Baki. Usaha ini mengukuhkan lagi kedudukan Perak dalam pendidikan digital.



BACA JUGA :

🔴 Siaran langsung temu bual Selamat Pagi Malaysia, RTM bersama Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly

🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan

🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023

🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.




Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top