Murid Fasih Digital : AI dipelajari sejak dari bangku sekolah rendah #DigitalStoryTellingAnimation2024

Murid Fasih Digital : AI dipelajari sejak dari bangku sekolah rendah #DigitalStoryTellingAnimation2024


Dua minggu yang agak sibuk, membimbing pasukan animasi sekolah untuk menyertai Digital Story Telling Animation (DSTA) peringkat kebangsaan 2024. 

Alhamdulillah setelah 2 minggu berhempas pulas memerah idea dan keringat untuk menghasilkan sebuah karya digital bertemakan 'Murid Fasih Digital' sempena pertandingan DSTA bersama pasukan sekolah, akhirnya karya telah siap dan bersedia untuk dipertandingkan. 

Sekadar memberi ruang dan pengalaman kepada murid meneroka beberapa aplikasi yang sudah pasti dapat mengalihkan perhatian mereka terhadap dunia hiburan semata-mata. 

Mungkin ada yang mengatakan AI untuk sekolah rendah terlalu berat dan awal untuk diperkenalkan tetapi apa yang berlaku bagi murid AI sangat ringan dan seronok untuk diterokai. Sesuatu yang berat kalau diangkat dengan alat yang betul cara yang betul, insyaAllah semuanya akan menjadi ringan. 

Pasti! 
ini bukanlah karya terakhir kerana mereka pasti akan terus berkarya.. insyaAllah cikgu-cikgu juga akan sentiasa melengkapkan diri dengan perkembangan teknologi semasa supaya semua yang diusahakan dapat direalisasikan. 

Semoga ada rezeki anak-anak SKPTLDM...amin

Maklumat lanjut : 

Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top