Di mana kaki ini berdiri, di sini kami terus menyumbang bakti. Edufluencers Perak, kita terus mara!

Di mana kaki ini berdiri, di sini kami terus menyumbang bakti. Edufluencers Perak, kita terus mara!

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!




Bergambar kenangan bersama Tuan Safuan Bin Raba'ai, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Perak
Bergambar kenangan bersama Tuan Safuan Bin Raba'ai, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Perak 



Di mana kaki ini berdiri, di sini kami terus menyumbang bakti. Edufluencers Perak, kita terus mara!
Terima kasih Pn. Hjh. Bainah Nina Abdolah dan Pn. Musfirah Salma Mohd Radzi yang menganjurkan proram Meet & Greet Edufluencers Perak bersama pengurusan tertinggi sektor pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Perak. 

Perjumpaan pada kali ini melibatkan 44 orang Edufluencers KPM dari seluruh negeri Perak. Majlis pertama yang melibatkan edufluencers 1.0, 2.0 dan 3.0. Seperti biasa, setiap Edufluencers sentiasa bersedia untuk menaburkan khidmat bakti bersama KPM dan JPN dalam urusan penyampaian maklumat dengan kaedah yang lebih berkesan dan cepat berdasarkan keupayaan sedia ada yang dimiliki oleh para Edufluencers.









Mengambil peluang untuk membentangkan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakn oleh Edufluencer Perak sepanjang tahun 2023/2024 kepada Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Antara program besar yang dilaksanakan ialah Kempen Pencarian Edufluencers 3.0, Tuisyen Percuma untuk murid sekolah asrama harian seluruh negeri Perak, Penglibatan dalam Jerayawara anjuran KPM,  Penganjuran pertandingan video guru inspirasi peringkat kebangsaan, Program AZAMAT bersama Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, dan banyak lagi yang akan datang. 












Kejutan untuk Pn. Musfirah yang bakal melanjutkan pengajian ke peringkad PhD, Pegawai JPN yang membantu Pn. Hjh Bainah sebagai tulang belakang dalam perjalanan para Edufluencers di negeri Perak. Selamat berjuang puan, jumpa lagi!


Kejutan juga untuk Pn. Hjh Bainah selaku Pegawai JPN yang menjadi tulang belakang perjalanan Edufluencer Perak yang akan bersara pada tahun ini. Menyampaikan hadiah sumbangan daripada para Edufluencer Perak sebagai tanda kenangan. Terlalu banyak jasa Pn. Hjh Bainah dan Sektor Pembelajaran dalam membimbing kami dan merekrut supaya lebih ramai guru-guru dari negeri Perak yang diiktiraf sebagai Edufluencer.






 BACA JUGA :

🔴 Siaran langsung temu bual Selamat Pagi Malaysia, RTM bersama Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly

🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan

🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023

🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.




Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top