[ Photo + Video ] Program AZAMAT Kementerian Pendidikan Malaysia 2023 ~ Rugi kalau tak join!
AZAMAT? program apa tu? kenapa saya? adakah ada sesuatu yang telah dilakukan sehingga membawa saya untuk terlibat dalam program ini?
Itulah antara soalan-soalan yang terlintas dalam fikiran setiap peserta AZAMAT 2023 apabila mendapat berita tentang perlu hadir ke satu program anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan perlu memberikan surat tunjuk sebab sekiranya GAGAL hadir mengikut masa yang telah ditetapkan.
Sebelum kita pergi lebih jauh, kita fahami dulu apa itu AZAMAT.
AZAM ~ Kemahuan ( keinginan, cita-cita, dsb )
AMAT ~ Keadaan yang amat sangat; darjah (kekuatan, kehebatan, dsb)
ATMA ~ jiwa, nyawa
AMAT ~ Keadaan yang amat sangat; darjah (kekuatan, kehebatan, dsb)
ATMA ~ jiwa, nyawa
AZAMAT ~ hebat, ramai (kuat, sangat) sekali
Program ini adalah program rintis KPM untuk menghimpunkan guru-guru dengan kerjasama KPM, JPN dan Pusat Kokurikulum Pulau Pangkor, Perak. Pada kali ini Zon Utara melibatkan negeri Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang diberi peluang untuk mengikutinya dengan jumlah peserta seramai 80 orang guru.
Sudah pasti setiap daripada kita pernah mengikuti program Bina Insan Guru di IPG, konsepnya lebih kurang sama cuma pengisiannya agak berbeza apabila pengalaman-pengalaman berharga daripada setiap guru dapat disatukan dan dijadikan sumber inspirasi bagi setiap peserta yang hadir.
"Menginap di Resort, beraktiviti di Pusat Kokurikulum"... Rugi kalau tak join!
Diantara pengisian program 3 hari 2 malam ini adalah seperti berikut :
1. Ice Breaking dan program santai bersama unit kaunseling KPM
2. Aktiviti berkayak
2. Aktiviti berkayak
3. Aktiviti 'jungle trekking'
4. Aktiviti 'Perang Memanah'
5. Aktiviti 'Island Hoping' versi darat.
6. Makan malam khas bersama Haji Shafruddin Bin Haji Ali Hussin (Cikgu Din), Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Sektor Pembangunan Profesionalisme.
7. Segmen-segmen yang berkaitan dengan kerjaya seorang guru.
7. Segmen-segmen yang berkaitan dengan kerjaya seorang guru.
Pendapat peribadi saya sangat bersetuju sekiranya program ini diteruskan untuk kohort yang seterusnya memberi peluang melibatkan lebih ramai guru kerana saya menggambarkan program ini sangat sesuai untuk kita membina jaringan yang lebih luas, melihat sesuatu di luar lengkung sedia ada melibatkan pelbagai isu dan tidak mustahil boleh menjadi titik tolak untuk menjiwai profesion dengan lebih bersemangat.
Jadi cikgu-cikgu, jangan sesekali menolak untuk mengikuti program ini sekiranya terpilih. Satu peluang yang sangat berharga untuk kita berada dalam lengkung positif bersama dengan barisan pegawai tertinggi di peringkat KPM. Sebagai guru biasa kita pasti akan dapat sesuatu yang positif di sebalik penganjuran program-program seperti ini, sentiasa positif, elakkan prasangka dan sahut cabaran dan penghargaan yang telah tersedia untuk kita oleh pihak pengurusan.
Terbaik! saya sertakan gambar-gambar sepanjang aktiviti berlangsung untuk memberi gambaran awal kepada guru-guru yang akan dipanggil untuk kohort yang seterusnya. Tahniah!
Catat Ulasan