Dasar Pendidikan Digital (DPD) seiring dengan objektif penubuhan Akademi Youtuber
"Bagi mengurangkan jurang akses sumber pembelajaran murid terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman, KPM memperkasakan sebanyak 367 buah Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan 16 buah Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP) Jabatan Pendidikan Negeri di seluruh negara sebagai pusat kecemerlangan untuk inisiatif pendidikan digital.
"Kesemua pusat ini dibekalkan dengan peralatan dan perkakasan studio digital dan hab penghasilan digital yang boleh digunakan oleh murid dan guru bagi meningkatkan kompetensi digital, membangunkan kandungan dan melaksanakan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)," - Berita Harian
Merujuk kepada pelaksanaan kelas hibrid di 110 buah institusi pendidikan terpilih melibatkan 550 bilik darjah adalah satu permulaan yang hebat untuk menambah baik ekosistem pendidikan digital di Malaysia dan seharusnya dimanfaatkan sebaiknya oleh semua pihak yang terlibat.
"PdP secara silang dapat dilaksanakan di antara kelas dan sekolah yang meliputi dalam dan juga luar negara. Pendekatan ini dapat mewujudkan PdP yang membudayakan teknologi secara imersif." - YB Menteri Pendidikan
EKOSISTEM PENDIDIKAN DIGITAL DI NEGERI PERAK
Suka untuk dikongsikan berkaitan inisiatif yang dijalankan oleh Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Edufluencers KPM, dan Akademi Youtuber menganjurkan siri tuisyen percuma kepada pelajar di asrama secara atas talian adalah sebuah inisiatif yang seiring dengan Dasar Pendidikan Digital yang dilancarkan oleh YB Menteri Pendidikan. Sokongan dan dorongan daripada pihak KPM, JPN menjadikan kemahiran profesional yang dimiliki oleh guru-guru 'Youtuber Pendidikan' dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk kemenjadian anak didik di Malaysia. Semoga inisiatif ini dapat diperluaskan bukan sahaja di peringkat negeri, malah di peringkat kebangsaan dengan menggunakan kemahiran-kemahiran sedia ada yang dimiliki oleh para pendidik.
Di Akademi Youtuber kami akan terus melatih guru-guru secara percuma untuk menjadi pencipta kandungan pendidikan digital yang berkualiti seterusnya menerbitkan video pendidikan berkualiti dari semasa ke semasa. Bermula Julai 2020 sehingga kini kita telah berjaya menerbitkan lebih 26,000 video pendidikan di pelantar Youtube, 7031 sesi tuisyen percuma dan sebuah aplikasi android menempatkan ke semua video tersebut juga telah berjaya merangkul 15 pingat emas dalam pertandingan inovasi peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Terus melangkah! demi dunia pendidikan digital di Malaysia.
#EdufluencersPerak
#AkademiYoutuber
#kitabantukita
Catat Ulasan