Percuma! Peluang menjadi tenaga pengajar di Fakuti Maya kini dibuka untuk guru-guru seluruh Malaysia.

Percuma! Peluang menjadi tenaga pengajar di Fakuti Maya kini dibuka untuk guru-guru seluruh Malaysia.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!


Sekiranya anda memiliki modul pembelajaran dan ingin menjadikan modul tersebut dapat diakses dalam talian serta memiliki rekod penggunaan yang sistematik sangat dialu-alukan untuk meletakkan modul anda di Fakulti Maya.  Sebelum ini, anda perlu mendaftar dan memohon untuk menjadi tenaga pengajar di sana. Buat masa ini tenaga pengajar hanya dibuka kepada guru-guru yang masih berkhidmat di bawah KPM sahaja untuk memastikan kualiti bahan pendidikan dan kelayakkan anda untuk mengajar berdasarkan tauliah yang dimiliki.

Berikut adalah contoh bahan yang anda miliki untuk dijadikan modul pembelajaran di Fakulti Maya :

1. Video tutorial berdurasi 1 jam dan ke atas.
2. Tangkap Layar langkah-langkah penggunaan aplikasi.
3. Bahan Soft Copy borang-borang yang berguna untuk guru.
4. Dokumen-dokumen dan langkah pengisian dokumen tersebut. 

Sekiranya anda memiliki bahan-bahan seperti di atas, anda boleh MEMOHON SEBAGAI INSTRUKTOR di Fakulti Maya dan seterusnya meletakkan bahan anda untuk diakses oleh para pengguna perkhidmatan yang ditawarkan. 


Sebagai instruktor apa yang anda dapat?

1. Menghidupkan modul/bahan pembelajaran anda untuk dimanfaatkan para pengguna secara dalam talian secara PERCUMA!
2. Setiap pelajar/pengguna yang mengikuti modul anda akan memperoleh sijil yang boleh direkodkan di dalam SPLKPM di bawah Portal e-Pembelajaran.  
3. Jumlah maklumbalas, kursus/modul yang dibina serta pelajar yang mengikuti direkodkan secara automatik sebagai eviden sumbangan anda melalui modul yang dibangunkan. 
4. Dipertimbangkan untuk fitur premium berdasarkan jumlah maklumbalas, kursus dan pelajar yang dimiliki. 

Berikut adalah contoh modul/kursus yang ditawarkan pada masa ini di Fakulti Maya :



Berikut adalah contoh paparan semasa untuk tenaga pengajar sedia ada yang memiliki modul di Fakulti Maya :







Berikut adalah contoh sijil yang akan diperolehi oleh pelajar selepas mereka selesai mengikuti modul yang anda tawarkan di Fakulti Maya :


Setiap pelajar yang menghabiskan modul 100% layak untuk menuntut sijil digital ini yang disediakan secara automatik. Turut disediakan 7 langkah mudah untuk menuntut sijil digital di Fakulti Maya, Klik di sini.


Tangkap layar di atas menunjukkan beberapa kategori yang saya percaya anda memiliki kepakaran untuk dikongsikan melalui modul sedia ada atau pun yang baru ingin dibina. Kesemua kategori ini mampu melengkapkan ilmu pengetahuan digital pada tahap maksima. Di sini kami meraikan kepelbagaian bidang kepakaran yang anda miliki tidak terhad kepada penggunaan perisian sahaja malah sehingga projek-peojek D.I.Y turut dibuka kategori untuk berikan anda ruang yang seluasnya berkongsi. Antara contoh projek D.I.Y yang boleh dijadikan modul pembelajaran di sini seperti cara setup p.a sistem di sekolah, cara menghias pentas dewan untuk sambutan hari guru, cara menghias kelas dan sebagainya. Para pengikut modul pasti mendapat input positif daripada perkongsian anda khususnya guru-guru baharu yang perlukan bimbingan daripada guru-guru berpengalaman. 


Fakulti Maya dibangunkan untuk memberi ruang dan peluang kepada modul-modul sedia ada diikuti secara dalam talian berkonsepkan 'Self Learning' berikutan saya sendiri memiliki beberapa modul yang memerlukan bimbingan langsung sekiranya tidak memiliki sistem seperti ini. Dengan adanya sistem seperti ini, semakin banyak modul dapat diterbirkan kerana setiap modul itu dapat digunakan secara terus tanpa melibatkan pembina modul secara langsung dari semasa ke semasa. Ilmu dapat dimanfaatkan, pembina modul juga dapat terus menghasilkan lebih banyak modul yang membantu guru dan pelajar di seluruh Malaysia khususnya. Semoga inisiatif ini dapat menyumbang kepada dunia pendidikan digital di Malaysia dalam mempercepatkan keupayaan guru-guru khususnya mendalami sesuatu ilmu baharu berdasarkan kepakaran yang ada dari kalangan guru-guru itu sendiri. 

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan saya ( @suffi ) di telegram. 

Terima kasih.

 
BACA JUGA :

🔴 Siaran langsung temu bual Selamat Pagi Malaysia, RTM bersama Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly

🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan

🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023

🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.




Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top