Awas! Penggunaan hashtag dari Malaysia kini mungkin sudah masuk senarai hitam dalam sistem mereka.

Awas! Penggunaan hashtag dari Malaysia kini mungkin sudah masuk senarai hitam dalam sistem mereka.



Tak sampai seminit muat naik terus kena 'Community Guidelines violation' sedangkan isi kandungannya sekadar suruh 'DIAM' tanpa sebarang visual yang mampu meruntuhkan peradaban sesuatu bangsa. 


Visual- OK
Text - OK
Hashtag - MUNGKIN! 


Selepas menjalankan proses 'Disagree' dan 'Appeal' untuk disemak oleh Manusia terus saya upload lagi sekali dengan segera menggunakan hashtag #freepalestine nampaknya tidak di sekat! Maksudnya hashtag tertentu telah dimasukkan ke dalam senarai 'black list' untuk disekat oleh sistem secara automatik.

Selang beberapa minit, mereka telah meluluskan urusan 'Appeal' yang saya lakukan dan memberi kelulusan karya tersebut ditonton oleh semua pengikut.


Nampaknya ada pihak yang sudah tidak berani untuk membaca madah-madah indah dan doa kita untuk membela nasib saudara mara kita di Palestine. Satu daripada tanda kemenangan untuk pasukan siber yang berpihak kepada Palestine. 

Adalah menjadi harapan agar Malaysia memiliki rangkaian media sosial sendiri yang bebas daripada sekatan-sekatan yang tidak berpaksi kepada keadilan. 


Anda ada Iron Dome untuk menangkis roket, Anda memiliki admin media sosial untuk menyekat karya kami, tapi anda tidak sedikitpun mampu menyekat Doa kami diangkat dan dimakbulkan oleh Allah S.W.T

Terus berjuang!








Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top