Wakil PADU,KPM beri penilaian 10 Bintang untuk Kempen di Negeri perak!
Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!
🔴 Siaran langsung temu bual Selamat Pagi Malaysia, RTM bersama Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly
Terima kasih En. Shafizul, Pegawai Eksekutif Kanan PADU, KPM yang sudi turut bersama-sama kami Edufluencers negeri Perak dalam Kempen pencarian Edufluencers KPM 3.0
Alhamdulillah untuk sesi sembang santai pada kali ini saya diberi amanah untuk menjadi Penyelaras Program bersama seluruh ahli jawatankuasa Edufluencers Perak. Turut memikul tanggungjawab bersama Ustazah Rahayu sebagai "Control Host" bagi memastikan siaran langsung berjalan lancar seperti yang dirancang.
Webinar pada kali ini mensasarkan lebih ramai guru-guru dari seluruh negeri Perak menghantar permohonan untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Edufluencers KPM. Semoga hasrat Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, En. Safuan untuk menghantar lebih 50 orang dari negeri Perak ke persidangan Edufluencers yang akan datang. Syukur alhamdulillah lebih 3,000 views direkodkan di Facebook JPN Perak selepas 1 jam ditayangkan. Semoga lebih ramai dapat menonton dan mengambil input penting yang terkandung di dalam siaran lansung ini.
Buat video resume dan hantar sekarang! Jom sertai kami.
Semua guru boleh mula mula menghantar Video Resume kepada PADU sebelum 11 September 2023
BACA JUGA :
🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan
🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023
🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.
Catat Ulasan