FakultiMaya kini tersanarai dalam SPLKPM sebagai portal e-pembelajaran, terima kasih KPM.

FakultiMaya kini tersanarai dalam SPLKPM sebagai portal e-pembelajaran, terima kasih KPM.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!



Portal e-Pembelajaran ini dibangunkan untuk memudahkan guru-guru mendalami setiap modul-modul yang dibangunkan oleh saya dan rakan-rakan mengikut kelapangan masa masing-masing. Jika sebelum ini pelaksanaan modul seperti Penguasaan Google Classroom, Akademi Youtuber dilaksanakan secara manual, mengikut masa juru latih didapati sudah tidak lagi sesuai kerana selepas pandemik Covid-19 kita sudah memasuki fasa sibuk yang luar biasa. Menyedari modul-modul ini masih diperlukan maka lahirlah FakultiMaya yang akan menyajikan modul pembelajaran bersistematik. 


Portal ini menawarkan kursus dalam talian secara percuma pada ketika ini dengan menyajikan modul-modul yang dibangunkan oleh rakan-rakan guru sendiri. Diantara modul yang telah aktif dan boleh diikuti sepenuhnya ialah Modul Blogger dengan tempoh masa pembelajaran selama 12 jam membolehkan guru-guru menguasai teknik asas penggunaan laman blogger sebagai langkah pemula. 

Selain daripada itu, para pengguna juga boleh membuka modul sendiri untuk diikuti oleh rakan-rakan guru yang lain dengan mengikuti Modul Asas Instructor @ FakultiMaya yang membolehkan modul-modul anda dapat dimanfaatkan para pengguna portal ini. Ianya Percuma!. 

Semoga lebih ramai menyertai FakultiMaya dan berkongsi modul 'luar biasa' anda untuk dimanfaatkan oleh para pengguna seluruh negara. Modul Akademi Youtuber akan dibuka tidak lama lagi... masih PERCUMA! untuk semua guru-guru di Malaysia. 

Daftar sekarang di https://www.fakultimaya.com/
 
BACA JUGA :

🔴 Siaran langsung temu bual Selamat Pagi Malaysia, RTM bersama Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly

🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan

🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023

🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.




Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top