Fakultimaya - Borderless Learning Hub tawarkan sistem pembelajaran dalam talian
Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!
SEJARAH PELAKSANAAN MODUL PEMBELAJARAN DIGITAL
Segalanya bermula dengan pelaksanaan MODUL PENGUASAAN GOOGLE CLASSROOM yang dijalankan ketika negara berdepan Pandemik Covid-10 pada awal tahun 2020 menyaksikan modul yang dibangunkan berjaya membantu lebih 23, 000 guru yang mengikuti modul tersebut.
Lanjutan daripada kejayaan itu, MODUL PENGUASAAN YOUTUBE STUDIO turut mendapat sambutan luar biasa apabila telah berjaya melahirkan lebih 1,300 Youtuber Pendidikan dengan jumlah penerbitan video pendidikan ke pelantar Youtube sebanyak 25,000 video pendidikan sehingga hari ini.
Taburan Youtuber Pendidikan yang aktif juga boleh dilihat datang dari seluruh negara berdasarkan paparan dari peta taburan youtuber pendidikan di Malaysia yang disediakan oleh Akademi Youtuber.
Fakultimaya - Borderless Learning Hub ( BoLeH! )
Fakultimaya dibangunkan untuk memenuhi permintaan para pengguna yang ingin mengikuti modul-modul pembelajaran secara dalam talian mengikut kesesuaian masa masing-masing. Pelaksanaan sebelum ini menggunakan sistem permentoran yang dikendalikan oleh rakan-rakan guru seluruh negara. Selepas berakhirnya kawalan pergerakan dan sekolah mula dibuka kembali menjadikan sistem permentoran tidak lagi dapat menampung keperluan semasa kerana para guru harus memberikan komitmen kepada tugas hakiki masing-masing. Menyedari keperluan meneruskan ruang dan peluang untuk rakan-rakan guru tetap boleh menyertai pada bila-bila masa, maka lahirlah idea membangunkan sebuah portal yang menggunakan sistem pengurusan pembelajaran (LMS) seperti mana yang digunakan di peringkat universiti. Selain dapat terus membukan peluang kepada pengguna menuntut ilmu, ruang juga dibuka untuk pengguna yang ingin memanfaatkan modul yang telah mereka miliki untuk dimanfaatkan oleh para pengguna lain dengan menjadi tenaga pengajar di FakultiMaya.Com, peluang yang sangat menarik untuk melahirkan lebih ramai pencipta modul pembelajaran digital di Malaysia.
SOAL JAWAB BERKAITAN FakultiMaya.Com
Apa yang ditawarkan oleh FakultiMaya.Com ?
FakultiMaya menawarkan modul pembelajaran yang boleh diikuti oleh sesiapa sahaja mengikut kelapangan masa masing-masing. Setiap modul boleh diikuti secara percuma atau berbayar mengikut ketetapan yang dibuat oleh tenaga pengajar / instructor.
Siapa boleh menyertai FakultiMaya.com ?
Sesiapa sahaja boleh menyertai FakultiMaya menjadi pelajar untuk mengikuti kesemua modul yang tersedia.
Adakah semua pengguna boleh membangunkan modul mereka di FakultiMaya.Com ?
Secara default, setiap ahli memiliki level sebagai pelajar untuk mengikuti modul. Bagi tujuan membangunkan modul di FakultiMaya, pengguna perlu membuat permohonan sebagai Instuctor terlebih dahulu sebelum dapat membangunkan modul masing-masing. Kelebihan untuk menjadi tenaga pengajar diberikan kepada para guru, pensyarah atau ahli akademik yang memiliki modul sesuai untuk diikuti oleh pelbagai lapisan pengguna.
Bagaimana cara membangunkan modul di FakultiMaya.Com?
Langkah-langkah untuk memohon menjadi tenaga pengajar boleh diperlajari dengan mengikuti modul tersedia yang mejelaskan langkah demi langkah bagaimana untuk membina modul di FakultiMaya dengan KLIK DI SINI. atau https://fakultimaya.com/home/course/asas-instructor-fakultimaya-com/9
Adakah dikenakan bayaran untuk sertai FakultiMaya.Com?
Penyertaan sebagai pelajar dan tenaga pengajar (pembina modul) adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua ilmuan yang memiliki modul untuk diketengahkan.
Siapa yang menguruskan FakultiMaya.Com?
FakultiMaya diuruskan sepenuhnya oleh Cikgu Suffi dan rakan-rakan. Jadi anda tidak perlu khuatir tentang keselamatan setiap modul yang dibina daripada disalahguna oleh pihak lain.
Bila para pengguna boleh mula menggunakan FakultiMaya.Com?
Mulai April 2023 para pengguna sudah boleh mengikuti beberapa modul terdahulu yang tersedia untuk diikuti seperti Modul EduBlogger dan Modul Instructor FakultiMaya. Modul-modul lain akan menyusul dalam masa terdekat. Sesuai dengan kesibukan yang melanda guru-guru pada ketika ini, pelaksanaan pembelajaran secara sistematik ini mampu memberi kelebihan kepada semua khususnya warga pendidik mendalami ilmu 'on demand' dengan kesesuaian dan kelapangan masa masing-masing.
Mulai April 2023 para pengguna sudah boleh mengikuti beberapa modul terdahulu yang tersedia untuk diikuti seperti Modul EduBlogger dan Modul Instructor FakultiMaya. Modul-modul lain akan menyusul dalam masa terdekat. Sesuai dengan kesibukan yang melanda guru-guru pada ketika ini, pelaksanaan pembelajaran secara sistematik ini mampu memberi kelebihan kepada semua khususnya warga pendidik mendalami ilmu 'on demand' dengan kesesuaian dan kelapangan masa masing-masing.
Semoga inisiatif ini mampu memberikan nilai tambabh kepada modul atau ilmu-ilmu sedia ada yang mampu dimanfaatkan oleh para pengguna dengan cara paling menarik dalam dunia pendidikan digital. Inisiatif ini tidak lain tidak hanyalah untuk mengembangkan kepelbagai ilmu dan kemahiran yang dimiliki untuk turut dimanfaatkan oleh orang ramai. Katakan tidak untuk 'TIDAK TAHU' apabila kita memiliki keupayaan untuk menuntut ilmu melalui FakultiMaya Dot Com.
Terima Kasih.
BACA JUGA :
🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan
🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023
🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.
Catat Ulasan