Teruja Cikgu Pak Malau dapat tengok lokasi pengunjung blog secara 'Real Time'
Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!
🔴 Siaran langsung temu bual Selamat Pagi Malaysia, RTM bersama Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly
Alhamdulillah semalam dapat berkongsi ilmu penggunaan Google Analytics untuk laman blog masing-masing berserta kupasan terperinci kelebihan dan manfaat kepada blogger pendidikan. Seperti biasa siri perkongsian ditemani oleh Yu.Zuly, Yu.Pak Malau dan Yu.Rumainno.
Rata-rata rakan-rakan youtuber dan blogger yang mengikuti siri perkongsian ke-8 semalam menyambut baik dan tiada seorang pun mengeluh atau stress untuk belajar sesuatu yang baharu! Alhamdulillah syukur, semoga semuanya terus mengikuti sehingga selesai 10 siri perkongsian yang bakal berakhir pada minggu hadapan.
Dunia pendidikan digital lebih menarik andai kita berbicara dengan analisa penggunjung dan pengguna sesuatu bahan yang kita hasilkan. Penggunaan Google Analytics dijangkan akan memacu semangat rakan-rakan youtuber dan blogger pendidikan untuk terus menyumbang sesuatu yang lebih besar selepas ini!.
Sehingga kini lebih 70 alamat domain baharu telah berjaya didaftarkan dan bersedia menyajikan konten pendidikan dari semasa ke semasa. Sesi persekolahan 2023 pasti meriah dengan perkongsian pelbagai akitiviti dan bahan pembelajaran yang akan dikongsikan oleh para blogger pendidikan.
Terima kasih semua yang menyokong sesi perkongsian sehingga hari ni, 2 siri akan berlangsung pada minggu hadapan yang akan menyaksikan para guru melengkapkan 10 siri kesemuanya melayakkan mereka menerima pengiktirafan sebagai blogger pendidikan oleh Akademi Youtuber Malaysia.
Semoga usaha kecilini memberi impak yang sangat besar kepada proses pendigitalisasi dunia pendidikan di Malaysia. Guru Malaysia Boleh!
Salam Hormat!.
BACA JUGA :
🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan
🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023
🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.
Catat Ulasan