Modul Asas Blogger Warga Pendidik dijangka bertemu pengguna mulai April 2023

Modul Asas Blogger Warga Pendidik dijangka bertemu pengguna mulai April 2023




Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!

Alhamdulillah kerja-kerja penyusunan modul sedang giat dijalankan untuk memudahkan para pengguna mengakses modul pada bila-bila masa melalui pelantar pembelajaran secara dalam talian. Sitem pengurusan pembelajaran yang digunakan dijangka mampu menarik minat rakan-rakan guru dan pensyarah untuk mengikuti modul-modul yang telah terbukti berjaya melahirkan guru-guru berkemahiran dalam dunia pendidikan digital sebelum ini. 

Modul yang diketengahkan pada kali ini melibatkan penguasaan sistem blogger untuk menjadikan pengguna mampu mengendalikan laman blog dengan mengikuti sesi perkongsian santai dan menggunakan bahasa mudah untuk difahami walaupun bukan dari bidang teknologi maklumat.

Hanya dengan menonton video 'On demand' berdurasi 12:08:31 jam yang dipecahkan kepada 10 bahagian mampu memberikan keupayaan pengguna menguasai ilmu asas bermula daripada pembukaan akaun sehingga integrasi antara beberapa aplikasi google yang lain. Terdapat 30 topik pembelajaran  yang perlu disesuri sehingga membawa pengguna kepada pengiktirafan sebagai EduBlogger oleh Akademi Youtuber Malaysia. 

Pengiktirafan ini diberi kepada pengguna modul yang berjaya mengikuti dan melaksanakan kesemua task yang diberikan di dalam modul. Setimpal dengan keupayaan dan kegigihan yang ditonjolkan maka pengiktirafan seperti ini dijangka dapat membakar semangat para pencipta kandungan terus berkarya dan berkongsi pelbagai amalan baik untuk dimanfaatkan bersama. 

Nantikan perkembangan terkini! Sentiasa ada untuk anda... Salam hormat!.


BACA JUGA :

🔴 Siaran langsung temu bual Selamat Pagi Malaysia, RTM bersama Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly

🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan

🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023

🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.




Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top