Hebatnya GPGD Youtuber Sabahan dalam Konvensyen Pembelajaran Digital 2023
Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!
Tepat pada masanya JPN Sabah ketengahkan para youtuber pendidikan yang terdiri daripada ahli-ahli Akademi Youtuber Malaysia. Mereka terdiri daripada guru-guru di bawah KPM yang sejak Julai 2020 bertungkus lumus memperkemaskan diri dengan ilmu pengetahuan berkaitan dunia pendidikan digital. Seolah-olah baru semalam mereka masuk ke kelas pertama pengenalan dengan dunia youtube sehingga mampu menguruskan penstriman langsung bersendirian tanpa bantuan pihak kedua. Begitulah hebatnya guru-guru Malaysia jika mereka diberi ruang dan peluang yang tepat pada masanya untuk menimba ilmu yang diperlukan.
Satu kebanggaan buat semua ahl-ahli AYU apabila dapat temukan pengguna dengan sebuah Aplikasi Android yang telah merangkul 9 anugerah pingat emas sehingga saat ini. Sebuah aplikasi yang dibangunkan oleh sekumpulan guru biasa memuatkan lebih 25,000 video pembelajaran ini diharapkan dapat menarik minat dan memudahkan urusan para pelajar mendapatkan ilmu secara sistematik dan lebih interaktif.
Tersenyum lebar apabila melihat siaran langsung dan sesi pengenalan yang menggambarkan tahap profesional yang sangat tinggi apabila keupayaan memiliki Channel Youtube yang telah diterima ke dalam Youtube Partner Program, ditambah pula dengan nama domain .com sendiri, dan yang paling mahal keupayaan berhujah dalam keadaan santai dan bersahaja. Tidak kekok di depan kamera bukanlah datang dengan begitu mudah, kesemua guru-guru hebat ini antara penyumbang kepada 6,433 jam siaran tuisyen percuma yang berlangsung semenjak negara berdepan dengan pandemik covid-19 dua tahun yang lalu. Jika pilot dikira jumlah penerbangannya, maka youtuber dapat diukur dengan jumlah jam mereka bersiaran langsung menjadikan mereka dapat melaksanakan tugasan dengan bersahaja dan cemerlang!.
Nampaknya Konvensyen Pembelajaran Digital 2023 peringkat negeri Sabah merasmikan penggunaan T-shirt rasmi Akademi Youtuber yang belum pernah digunakan untuk majlis rasmi setakat ini kerana baru sahaja diterima oleh semua ahli. Kali pertama kemunculannya dalam slot Selamat Pagi Malaysia bersama RTM dan pada kali ini di 'booth' pameran Akademi Youtuber.
Terima kasih semua #AdikBeradikAYU Sabahan memberikan komitmen yang cukup tinggi untuk meriahkan Konvensyen yang julung kali diadakan pada kali ini. Sambutan yang sangat hebat berdasarkan jumlah views untuk setiap perkongsian membuktikan para Youtuber Pendidikan berada di landasan yang betul, bersedia berkongsi dan merealisasikan teras ke-7 dalam menerajui sistem pendidikan negara iaitu peningkatan keupayaan pendidikan digital di sekolah. Sejak awal penubuhan AYU, antara objektif utama ialah para youtuber dapat memberi sumbangan kepada pihak sekolah, PPD mahupun JPN khususnya berkaitan kemahiran yang telah kita kuasai. Sesungguhnya anda semua telah merealisasikannya dalam majlis yang sangat berprestij. Tahniah!
Semoga lebih ramai rakan-rakan guru akan mengikut jejak langkah kalian untuk kita berada di bawah satu lengkung positif yang sudah pastinya memeriahkan lagi dunia pendidikan digital di Malaysia!.
Semoga lebih ramai rakan-rakan guru akan mengikut jejak langkah kalian untuk kita berada di bawah satu lengkung positif yang sudah pastinya memeriahkan lagi dunia pendidikan digital di Malaysia!.
Jutaan terima kasih dan tahniah kepada Chekgu LK, Cikgu Sairo Yani, Cikgu Unaa, Cikgu Aini, Cikgu MJ, Cikgu Shima, Cikgu Rita, Cikgu Lusia, Cikgu Sylvia, Cikgu Rushi, Cikgu Irnee dan semua youtuber pendidikan Sabahan.
Jarak bukan penghalang untuk kita berkongsi dan merealisasikan impian... Terbaik!
BACA JUGA :
🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan
🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023
🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.
Catat Ulasan