Blogger Pendidikan, belum terlewat untuk bermula!
Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!
🔴 Siaran langsung temu bual Selamat Pagi Malaysia, RTM bersama Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly
Butang 'Start' boleh ditekan pada bila-bila masa diperlukan. Itulah yang berlaku di saat kita berdepan dengan pandemik Covid-19 apabila butang ini ditekan untuk menghidupkan sebuah organisasi yang diberi nama Akademi Youtuber. Aplikasi yang diperkenalkan pada tahun 1999 ini masih berfungsi dengan baik apabila diguna secara menyeluruh pada tahun 2020. Keupayaannya mengendalikan ratusan ribu pengunjung setiap hari tanpa gagal membuktikan bahawa 'Barang lama masih berjasa' ini masih relevan.
Merujuk kepada keupayaannya yang luar biasa tidak menjadi masalah untuk popularkan kembali penggunaan blog yang PERCUMA ini kepada semua rakan-rakan guru. Sebagai seorang guru, kita boleh bermula pada bila-bila masa sekiranya keadaan mendesak dan sangat memerlukan. Buktinya sebelum penularan pandemik covid-19 boleh dikira dengan jari hanya beberapa orang guru sahaja yang memiliki channel di youtube dan memiliki nama domain sendiri.
Kemunculan AYU membawa sinar baharu apabila kaedah perkongsian ilmu sesama guru dijalankan dari semasa ke semasa. Data sedia ada membuktikan bahawa guru Malaysia mampu mengorak langkah mendepani cabaran dunia pendidikan digital yang begitu pesat.
Kesediaan rakan-rakan guru untuk saling bantu membantu antara satu sama lain sememangnya memberi kesan yang luar biasa apabila kini kita boleh melihat limpahan pelbagai bahan pendidikan digital di pelbagai pelantar percuma. Kesemua kejayaan ini adalah usaha keras guru-guru mendalami dunia pembangunan konten pendidikan untuk anak didik masing-masing dan dalam masa yang sama turut dimanfaatkan oleh pelajar seluruh negara.
Penulisan laman blog boleh dimulakan pada bila-bila masa oleh sesiapa sahaja yang berniat untuk berkongsi ilmu yang dimiliki. Kepakaran anda, keupayaan anda, kehebatan anda adalah berbeza antara kita. Kelebihan dan kekurangan itu apabila kita dapat gabungkan mampu membawa kita ke dunia yang luar biasa!.
Untuk tujuan ini, saya dan rakan-rakan hadir dengan 10 siri perkongsian yang di penghujungnya pasti menjadikan anda seorang blogger pendidikan yang hebat!. Segala inisiatif ini dijalankan secara PERCUMA untuk melihat sejauh mana guru Malaysia mampu menonjolkan keupayaan mereka yang sebenar!. Jangan terlalu fikirkan susah untuk memahami kerana setiap tutorial yang dibekalkan menggunakan kaedah penyampaian yang santai, tidak terlalu teknikal dan penggunaan analogi mudah yang berada di sekeliling kita.
Untuk memandu kereta kita tidak perlu kuasai kesemua proses mewujudkan sebuah kereta tersebut, memadai tahu menghidupkan dan cara pemanduan yang berhemah. Begitu juga dengan pengurusan laman blog, tidak perlu dikusutkan pemikiran dengan perkara yang di luar bidang kita, hanya dengan mengetahui asas pengendalian kita sudah mampu untuk melancarkan sesuatu yang hebat!
Kepada guru-guru di Malaysia, belum terlewat untuk kita bermula! pelantar yang paling relevan sepanjang zaman dan kekal di talian sehingga hari ni... ayuh bakal blogger pendidikan! kita mengorak langkah bersama... ayuh!
BACA JUGA :
🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan
🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023
🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.
Catat Ulasan