Anugerah DUTA Negeri Perak 2022 disampaikan oleh Exco Pendidikan Negeri Perak
Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!
Tidak pernah terbayang dapat berada di dalam Majlis yang sehebat ini apabila terpilih sebagai Ikon Guru Penyelaras Bestari untuk Anugerah Digital Utilisation And Technlology Awards Peringkat Negeri Perak 2022. Di dalam majlis ini berpeluang berjumpa dengan ikon-ikon hebat yang mengharumkan negeri Perak sepanjang tahun ini.
Majlis penyampaian anugerah ini disempurnakan oleh YB Khairudin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak yang dianjurkan oleh Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
Macam biasa kita bergambar dulu dengan Ikon hebat negeri Perak, siapa tak kenal Cikgu Romie sifu teknik Green Screen menggunakan kaedah ilham tempatan. Pertama kali jumpa dalam satu majlis perkongsian semasa berada di daerah Hilir Perak 10 tahun yang lalu.
Tidak ketinggalan berpeluang juga berjumpa dengan pegawai-pegawai dari Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Negeri Perak, Pn. Adura yang sentiasa memiliki idea dan perancangan terbaik untuk pendidikan digital di negeri Perak.
SSTP diketuai oleh Tuan Noor Azman Shah Bin Mohd Yusoff, Tn. Tajarazhar, Tn. Hj Faisal, En. Shairiman dan Pn. Hidayah yang sentiasa memberi sokongan penuh kepada guru-guru yang bergiat aktif dalam dunia pendidikan digital. Semoga sokongan dan dorongan yang diberikan mampu menjadikan kerja buat kami dalam dunia digital lebih berimpak tinggi selepas ini.
Belum sempat kembali ke daerah Manjung telah berlegar di media sosial rangkaian PPD Manjung ucapan tahniah daripada warga Pejabat Pendidikan Daerah Manjung diserikan dengan gambar Tn. Hj Musa Bin Hamid. Sama seperti di peringkat JPN, PPD juga sentiasa mainkan peranan dalam memberi sokongan dan dorongan kepada guru-guru dalam daerah untuk pergi lebih jauh, mengimbau kembali kenangan di saat kualiti video perkongsian yang kabur ditegur dan diminta datang ke PPD untuk ambil Web Cam! sehingga tahap itu keprihatinan warga PPD Manjung. Untung kome orang Manjung!
Boleh dikatakan kesemua anugerah yang diterima semuanya berkaitan AYU, Akademi Youtuber Malaysia. Tidak ketinggalan juga di setiap majlis anugerah mesti ada #AdikBeradikAYU yang terlibat! Hebat-hebat guru Malaysia, dapatlah saya tumpang bergambar dengan Ustazah Rosmidayati. Kerana kesudian mereka mengikuti modul yang telah dirangka menjadikan diri ini dapat menumpang antara nikmat kegembiraan yang ada dalam perkhidmatan pendidikan.
Akhir sekali, tempat menabur bakti SK Pangkalan TLDM memiliki ramai guru-guru hebat dalam bidang masing-masing. Semangat setiakawan, saling membantu diantara satu sama lain menjadi pendorong untuk guru-guru dan murid sentiasa berikan yang terbaik!. Sokongan daripada pihak pentadbiran yang diketuai oleh Tn. Guru Besar, En.Rohaizan Mohamed Hanif, PK Pentadbiran Pn. Zalina Binti Zakaria, PK Kokurikulum Pn.Noreha Binti Ahmad, dan PK HEM Tn. Hj Ibharim Bin Ayob. Nampaknya Tagline Guru Besar, 'Di Sini Sejarah Tercipta' menjadi realiti apabila bermula 2022 pelbagai sejarah baharu tercipta di SKPTLDM sehingga membawa nama sekolah ke peringkat Kebangsaan. Semoga diberi kekuatan untuk membawa bersama murid-murid selepas ini hingga ke peringkat antarabangsa, bermula dari guru kita turunkan kepada murid! InsyaAllah.
ANUGERAH DUTA NEGERI PERAK
STADIUM INDERA MULIA, IPOH
16/2/2023 - 02:00 - 04:00 PETANG
PERKEMBANGAN TERKINI :
🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan
🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023
🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.
Alhamdulillah...Tahniah Cikgu Suffi.Selayaknya anda.
BalasPadam