Terima kasih Blake dan semua pendamping pasukan SAR

Terima kasih Blake dan semua pendamping pasukan SAR

Kredit : Astro Awani / Bernama

Kejadian tanah runtuh yang berlaku di jalan Genting-Batang Kali melibatkan sebuah tapak rekreasi perkhemahan Father's Organic Farm kini telah melibatkan 24 mangsa disahkan terkorban manakala 9 lagi masih hilang. 

Misi pencarian yang disertai Unit Anjing Pengesan (K9) sudah pasti mempercepatkan proses pencarian kerana dalam keadaan berlumpur anjing mampu bergerak pantas menuju terus kepada mangsa melalui deria bau dan penglihatan yang sangat tajam. 


Astro Awani melaporkan terdapat seekor anjing daripada baka English springer spaniel yang diberi nama 'Blake' mengalami kepenatan. 



Berkhidmat mencari mangsa dalam tempoh 2 hari sudah pasti akan menjadikan anjing tersebut kepenatan kerana dapat kita lihat kegigihan anjing menjalankan misi sangat luar biasa, sentiasa bertenaga, bersungguh dan konsisten. Namun setiap makhluk bernyawa memerlukan rehat yang cukup untuk terus cemerlang dalam perkhidmatan. 


HEBATNYA ANJING BERKOMUNIKASI

Saya ingin berkongsi cerita bagaimana hebatnya anjing dapat mengesan sesuatu berdasarkan pengalaman yang ada. 

Kebiasaan anjing menyalak dalam beberapa nada, kalau kita selalu dengar kita boleh faham beberapa kategori suara ini. Mungkin anjing di kawasan anda berbeza dengan anjing di tempat saya. Berdasarkan pemerhatian dan pengamatan. 


1. Wargh Wargh Woooooooooo..... Aooouuuuuuu..

Anjing menyalak begini menandakan ada sesuatu yang dia nampak sedang mendekati kita namun dalam jarak yang masih jauh, belum mampu mata manusia mendengar atau mengesan dengan cepat pada ketika ini. Namun kita boleh menjadikan arah dia menyalak sebagai panduan apa yang sedang dia dengar dan perhatikan. 

2. Warghhh Warghhh Wargh Warrrrrrrrrr ( geram ) 

Anjing menyalak begini menandakan objek yang bergerak tersebut sedang menuju ke arah kita dan sudah boleh nampak dengan mata manusia kewujudan/kehadiran objek tersebut. 

3. Warghhh Warghhh ... senyap... attack! 

Anjing menyalak begini dan terus bertindak menandakan objek sangat dekat dan benar-benar menghala kepada kita menyebabkan anjing terus melulu pergi untuk memberikan gambaran yang lebih jelas kepada kita apa yang sedang menghampiri kita. 

Setakat ini 3 jenis suara anjing menyalak yang dapat saya simpulkan mesej yang ingin disampaikan berdasarkan pengamatan kepada anjing kampung dan anjing penjaga kebun. Anjing Unit K9 sudah pasti memiliki lebih banyak arahan dan mesej kerana terdiri daripada baka yang hebat dan mahal. 

Untuk edisi SAR saya dapat membayangkan bagaimana Blake ke hulu ke hilir memberi signal kepada anggota berkenaan dengan kewujudan magsa di sesuatu lokasi dengan caranya yang tersendiri. Selain daripada menyalak, mundar mandir ke sesuatu tempat berulang kali sambil melihat kita juga menandakan anjing ingin menunjukkan sesuatu kepada kita supaya kita pergi dan lihat apa yang ada di situ. 

Anjing tidak mampu bercakap, tapi kaedah komunikasi dengan kita lebih kepada tindakan dan attractions untuk kita bertindak ke situ. Mesti hebat Blake beraksi! 

Semoga semua anjing2 K9 dari semua unit diberikan kesihatan dan kekuatan untuk terus berbakti kepada negara. 

Terima Kasih semua team SAR, kehebatan anda kebanggaan kami, sempga terus kuat, bertenaga dan dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin. 

Berita penuh : Klik di sini
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top