Sijil paling mahal diterima hari ini? Terima Kasih PADU,KPM
Kegembiraan yang sukar untuk digambarkan tidak berakhir setelah diraikan selama 3 hari dua malam di Hotel Tamu, Kuala Lumpur baru-baru ini disambut dengan kehadiran parcel yang mengandungi sijil tersenarai dalam senarai sijil yang paling mahal diterima pada tahun ini.
Tahun 2022 sangat bermakna dalam perkhidmatan apabila dapat melengkapkan bukan sahaja pertemuan dengan insan-insan hebat memacu pentadbiran dunia pendidikan di Malaysia malah turut menerima tandatangan mereka dalam sijil-sijil yang diterima bermula daripada Menteri Pendidikan, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Pegawai Pendidikan Daerah Manjung dan Guru Besar SK Pangkalan TLDM. Lengkap sudah!
Satu kepuasan yang sukar untuk digambarkan, mungkin 2023 kita cuba dapatkan tandatangan Perdana Menteri Malaysia pulak kut.. aminnnnnn! Sebelum-sebelum ini seronok tengok mantan guru besar dapat pengiktirafan daripada pihak Istana, berjumpa pula dengan rakan-rakan guru hebat di Majlis Edufluencer yang boleh dikatakan semua pernah menerima anugerah yang bukan 'biasa-biasa' terus rasa bersemangat untuk buat sesuatu yang lebih besar!
Tak perlu jauh, melihat kejayaan dalam team IONIC pun belum habis keterujaannya. Ada yang menerima pingat, anugerah bukan sahaja di peringkat kebangsaan malah dari luar negara. Hebat kan mereka! Baru dapat duduk satu meja sudah rasa aura mereka menyerap ke dalam diri kita. Macamana nak dapat rasa aura tu, next year mohon Edufluencer 3.0! Good Luck!
Terima kasih PADU KPM, Terima kasih semua guru-guru Malaysia!
Tanpa anda yang menyambut apa yang saya dan rakan-rakan di Akademi Youtuber Malaysia rencanakan belum tentu guru biasa seperti saya ini dapat merasa bercampur dengan rakan-rakan guru hebat dari seluruh negara ini. Semoga apa yang diterima tidak menjadikan diri ini merasa hebat dengan nikmat yang sedikit Allah s.w.t pinjamkan.
"Segala kehebatan, kekuatan, keupayaan semuanya adalah milik Allah s.w.t yang dipinjamkan untuk seketika."
Syukur, Alhamdulillah.
Catat Ulasan