Perubahan kepimpinan yang diperlukan? Adakah semudah ABC?
Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!
Saya amat tertarik dengan ucapan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dalam Persidangan Edufluencer 2.0 yang lalu ada menekankan berkaitan perubahan yang perlu berlaku dalam kepimpinan untuk melahirkan ABC. Selalu kita dengar semudah 'ABC' tapi peralihan ini tidak mudah untuk berlaku jika tidak didorong dengan keikhlasan dan kesediaan untuk sentiasa merendah diri.
Perubahan yang ingin dilakukan ialah daripada Command & Control kepada Trust & Inspire. Mengawal dan mengarah itu mudah, mendapatkan kepercayaan dan memberikan inspirasi kepada orang lain bukanlah satu perkara mudah. Tidak semua orang dapat menjadikan dirinya sebagai contoh terbaik untuk dijadikan sumber inspirasi sekiranya hanya bersandarkan kepada mengejar kedudukan, pangkat dan kuasa untuk dihormati.
Berkongsi sedikit pengalaman bagaimana saya pernah bersua muka dengan seorang pegawai yang hadir memantau semasa saya mula bergelar guru satu ketika dulu cukup menjentik hati saya untuk tidak menjadi seperti beliau jika diizinkan Allah s.w.t nanti saya berada di tempat tersebut. Tidak perlu dinyatakan apa yang dilakukan tetapi cukup sekadar tahu bahawa "Meninggi diri dengan kuasa, pangkat dan darjat tidak membawa kita ke mana-mana pun".
Apabila mendengar sendiri daripada KPPM tentang pentingnya ADAB, pentingnya merendah diri untuk mendapat kepercayaan dan seterusnya memberi inspirasi kepada orang lain sekeliling kita. Pangkat dan kuasa bukan tiket untuk kita bermegah dan melihat orang lain sekeliling kita 'tidak bernilai' sebaliknya jadikan tanggungjawab itu sebagai amanah yang berat untuk mencabar diri sejauh mana kita mampu untuk memudahkan urusan orang lain.
Generasi ABC bermula dengan tindakan kita, tindakan para pentadbir kita, tindakan semua warga pendidikan. Perubahan kepimpinan yang disarankan oleh KPPM ini wajar disambut baik dan diamalkan untuk setiap peringkat.
Sifir mudah dalam kehidupan, andai kita tersentuh orang tidak kenal kita, andai kita tersentuh pelajar tidak memberi salam kepada kita, jarang kita bertanya bagaimana kita membina 'enggagement' dengan persekiratan kita. Kedudukan bukan 'magnet' untuk menikmati semua itu sebaliknya didahului dengan apa yang sepatutnya kita mulakan. Tiada pokok sengaja hidup berbuah untuk kita jika kita tidak mula menanamnya.
Bermula dari diri sendiri baru kita berusaha menegur orang lain, kempimpinan yang kuat bukan kerana kuasa yang ditunjukkan tapi kebijaksanaan menguruskan isu, menyelesaikan isu, memudahkan urusan dan mewujudkan suasana harmoni dalam ruang lingkup pentabirannya. Kegagalan mendapat kepercayaan di sebalik tidak bijak membuat keputusan akan menjadikan 'Trust & Inspire' ini tidak akan dicapai oleh para pemimpin.
Lebih banyak ulasan berkaitan ucaptama KPPM sepanjang persidangan Edufluencer 2.0 akan diulas dari semasa ke semasa untuk pendidikan yang terbaik di Malaysia! Stay tune..
Bersambung.....
Bersambung.....
Catat Ulasan