Selamat Bersara Tuan!
Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!
Hari ini ada task rakaman video sempena persaraan Tuan PPD Manjung, En. Mohamad Akhir Bin Abdul Latif, seluruh warga sekolah bersemangat melaungkan ucapan 'Terima Kasih Tuan!' sebagai ucapan terakhir daripada kami warga pendidik dalam daerah Manjung.
Semoga rakaman ini menjadi kenangan yang bermakna buat semua murid, guru dan Tuan PPD sendiri kerana ucapan ini sebagai tanda penghargaan kami untuk segala jasa baik meneraju pimpinan tertinggi institusi pendidikan di dalam daerah Manjung ini.
Secara peribadinya saya berpeluang bertemu agak kerap dengan Tuan PPD di hujung-hujung perkhidmatan untuk beberapa urusan kerjasama PPD Manjung dan Akademi Youtuber Guru Malaysia. Seorang yang sentiasa mempermudahkan urusan dan mengambil berat dengan perkembangan guru-guru di dalam daerah ini. Diantara sumbangan terbesar buat Akademi Youtuber apabila Tuan PPD sudi untuk merasmikan Aplikasi Akademi Youtuber di pelantar Google Play untuk kegunaan warga pendidik seluruh negara.
Terima kasih tuan, semoga segala kejayaan daripada kami guru-guru yang mengharumkan nama Manjung menjadi hadiah istimewa untuk tuan kenang sebagai satu kegemilangan meneraju kami sebelum bersara. Selamat bersara tuan! , Terima kasih tuan!.
Catat Ulasan