Lega! Senarai nama peserta yang akan dipanggil sudah ada di tangan saya. - Hasnida Hanim Ahmad Kamil TV3

Lega! Senarai nama peserta yang akan dipanggil sudah ada di tangan saya. - Hasnida Hanim Ahmad Kamil TV3

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!



Nafas lega ditarik sedalam-dalamnya apabila Pengacara dari TV3, Hasnida Hanim Ahmad Kamil menyatakan bahawa nama peserta yang akan dipanggil sudah berada di tangannya!. Kenapa lega? kerana di dalam persidangaan Edufluencer 2.0 pada kali ini turut melibatkan Edufluencer 1.0. Sudah pasti mereka yang jauh lebih banyak sumbangan kepada dunia pendidikan akan dipanggil untuk membuat perkongsian amalan terbaik sehingga membawa mereka ke persidangan pada kali ini. 

Duduk dalam rasa selesa tiba-tiba rasa macam kena renjatan elektrik! itulah perasaanya apabila Pn. Hanim mula memanggil nama peserta pertama untuk membuat perkongsian... 

"Baik peserta pertama yang ada di tangan saya dipersilakan Cikgu Muhammad Suffi untuk membuat perkongsian....( ayat seterusnya dah tak masuk dalam telinga sebab rasa macam kena renjatan elektrik tadi tu! hahaha ).



Sebagai Founder / Pengasas kepada Akademi Youtuber Guru Malaysia yang membawa saya ke persidangan pada kali ini kerana pihak PADU, KPM melihat usaha ini suatu yang luar biasa kerana telah berjaya melahirkan ramai Youtuber Pendidikan di kalangan guru-guru Malaysia. 

Tanpa membuang masa, kaki terus melangkah ke atas pentas dengan perasaan agak gementar kerana pada kali ini bukan berucap di hadapan murid-murid, guru-guru biasa tetapi guru-guru luar biasa yang dihimpunkan dan disaring oleh KPM untuk terpilih menghadiri majlis yang berprestij ini. Sudah tentu setiap seorang daripada yang hadir memiliki kehebatan yang tersendiri berbanding diri ini yang terlalu kerdil untuk berbicara tentang amalan terbaik. 


Perkongsian diteruskan bermula dengan bagaimana saya perlu hadir sebagai pembantu kepada guru-guru lain yang ingin menjadi Youtuber Pendidikan di saat pandemik melanda negara pada tahun 2020 yang lalu. Selain beberapa perkara yang menyedihkan yang saya lalui, saya tidak lagi mahu lebih ramai guru-guru melalui zaman kesedihan tersebut dan terus bangkit kerana di Malaysia kita masih ada insan yang ingin mengajar, memberikan ilmu secara percuma! 


Alhamdulillah atas usaha yang dilakukan bersama rakan-rakan guru seluruh negara seramai 20 orang pada permulaanya membawa Akademi Youtuber Guru Malaysia kekal berdiri sehingga ke hari ini. Sukarelawan terus berkembang dari semasa ke semasa kerana setiap daripada kami memiliki matlamat yang sama iaitu menjadikan dunia pendidikan di Malaysia terus gemilang dan membina suasana meriah dalam bidang yang kami cintai. 


Di samping itu turut disampaikan berkaitan matlamat kita melakukan sesuatu bukanlah kerana kepentingan diri sendiri sebaliknya kepentingan orang ramai yang akhirnya menghadirkan pelbagai anugerah yang tidak pernah terlintas di hati diri ini layak untuk menerimanya. Kita teruskan lakukan yang terbaik dan insyaAllah segala kebaikkan akan menyusul tanpa kita perlu tahu bila, apa dan sebagainya. Penghargaan yang terbaik bagi saya ialah apabila insan yang kita tidak kenali hadir di depan mata mengucapkan terima kasih kerana apa yang kita usaha telah dimanfaatkan mereka dan kini menerima pelbagai anugerah daripada perubahan yang berlaku dalam diri mereka. Itu adalah eviden yang paling mahal!. 



Selesai berceloteh tentang Akademi Youtuber, Pengacara majlis membuka peluang kepada para hadirin untuk mengajukan soalan kepada saya, debaran kian terasa!. Lalu bangun seorang peserta pada hemat saya sangat hebat dan profesional dalam mengeluarkan kata-kata berterima kasih kerana telah menjadikan gurunya berbeza daripada apa yang beliau pernah lihat satu ketika dulu, kini memiliki channel dan subscriber yang ramai, sering membuat perkongsian. Guru biasa kini menjadi luar biasa setelah menyertai Akademi Youtuber Guru Malaysia! Allahuakbar saya tidak dapat gambarkan perasaan saya ketika ini kerana tidak menjangkan bukti kejayaan Akademi Youtuber turut terlihat oleh rakan-rakan Edufluencer yang hadir dalam majlis ini. 



Ini bermaksud untuk majlis ini saya tidak hanya membawa 17 orang rakan youtuber menjadi 
Edufluencer 2.0 tetapi turut membawa eviden termahal bagi saya apabila ada di kalangan peserta juga turut merasakan kehebatan perubahan seorang guru apabila menerima sentuhan permentoran dari kalangan guru sendiri dalam penerbitan video pendidikan di Malaysia. 



Sesungguhnya segala kekuatan untuk membawa saya ke majlis berprestij ini bukanlah sepenuhnya di atas usaha diri sendiri sebaliknya sokongan padu dari rakan-rakan guru seluruh negara. Agak mustahil seorang guru biasa dapat mengendalikan organisasi yang agak besar dan berfungsi secara percuma istimewa untuk guru-guru di Malaysia. Tanpa penglibatan mereka belum tentu saya mampu menyumbang untuk pembangunan kemahiran para guru berkaitan dunia pendidikan digital. Segala kekuatan, ilham, idea dan keupayaan adalah milik Allah yang hanya dipinjamkan untuk kita sementara masih terdaya untuk menyumbang. Semoga perjalanan ini terus dihadiri insan-insan hebat seperti ini dan insyaAllah kita akan terus berkembang! Sayang Ilmu! Tinggalkan sebagai saham yang mengalir tidak putus untuk diri kita. 

Sebelum pulang ada seorang peserta mengajukan soalan kepada saya, "Cikgu Suffi, u sudah tahu ke nak kena panggil?" saya menjawab tidak tahu dan saya pun terkejut. Di tanya lagi, "You cakap macam you sudah tahu saja mau kena panggil". Saya hanya mampu tersenyum kerana apa yang saya cakap itu bukanlah pertama kali bagi saya, selalu saya menggunakan point-point tersebut dalam ucapan saya bersama ahli-ahli Akademi Youtuber dan mereka sangat faham dengan apa yang saya maksudkan. 

Terima Kasih PADU, Terima Kasih KPM kerana terus menerus menghargai jasa guru-guru yang berusaha keras memberi sesuatu demi dunia pendidikan yang kami cintai. Semoga pertemuan ini memberi impak lebih besar untuk kami menjalinkan kerjasama dan merancang sesuatu yang lebih besar selepas ini.

Jutaan terima kasih kepada Yb Dato Hj Pkharuddin Ghazali , Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia  kerana sudi meluangkan masa untuk bersama Edufluencer dalam majlis makan malam yang diadakan di Hotel Tamu, Kuala Lumpur pada 29 Oktober 2022. Tidak lupa Team PADU yang sangat Awesome! 

Pn. Azzatullina Pawanchik
Pn. Afiza Binti Aksan
Tn. Shafizul Azmil Bin Jaafar
Tn. Mohamad Izzudin Bin Amdan
Pn. Siti Fatima Mohamed Yusop
Dr. Nita @ Siti Raudhah binti Amri
Datin Rosliza Rosli

anda memang PADU! 

"Sendirian kita biasa, bersama jadi luar biasa"

IOINIC : TOGETHER OUR FORCES IGNITED!

Yu.Suffi
Youtuber Manager
Akademi Youtuber Malaysia
28-30 Oktober 2022
Tamu Hotel & Suite, 
Kuala Lumpur
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

2 Ulasan

  1. Setiap ayat kak baca dengan penuh emosi. Bangga…puas hati…terharu…kagum…kerana kak dapat rasa Cikgu Suffi menulis dari hati. Terasa bertuah bersama-sama AYU yang dibariso insan hebat yang ikhlas dalam menyebarkan ilmu. Anda intan terpilih Cg Suffi.

    BalasPadam
  2. Tahniah cikgu Suffi .... semoga yang baik2 untuk cikgu Suffi..semoga target 2023 untuk melahirkan lebih ramai guru menyumbang dalam bidang pendidikan serta berkongsi ilmu melalui medium Youtube terutamanya....akan dicapai... sesungguhnya kak tumpang bangga dengan Yu Suffi---

    BalasPadam
To Top