EDUFLUENCER ibarat mini reunion untuk #adikberadikAYU

EDUFLUENCER ibarat mini reunion untuk #adikberadikAYU

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!





Ramai ke yang sertai misi pencarian? 
Tanya diriku kepada ahli-ahli Akademi Youtuber. Umum sedia maklum bila sudah mula buka sekolah semua aktiviti 'agresif' di media sosial mula menampakkan trend penurunan namun masih ada yang masih bersemangat waja! 

Seminggu sebelum tamat tarikh menghantar video, semua ahli disarankan menyertai program ini kerana ini adalah program KPM dan jika bukan kita siapa lagi yang akan menjayakannya. 




berkaitan dengan kelayakan sememangnya semua ahli AYU memiliki kriteria yang diperlukan malah berlebih-lebih! Ambil contoh Muallim Hazar yang sangat aktif dengan perkongsian online dan offline selayaknya dinobatkan sebagai EduFluencer KPM. Alhamdulillah setelah dipaksa! mereka akur untuk menghantar penyertaan...



Sebenarnya niat di hati untuk membawa semua #AdikBeradikAYU berjaya terpilih untuk majlis apresiasi yang sangat bermakna ini. Namun kekangan yang dilalui setiap daripada kita adalah berbeza. Mungkin mereka memiliki kekuatan untuk menyertainya pada pencarian yang seterusnya.

Sepatutnya tak kenal siapa, tapi majlis ini berubah suasana apabila sebahagian besar mereka yang terpilih sudah lama dikenali di media sosial malah ada yang terlibat secara langsung dalam aktiviti-aktiviti kesukarelawanan. Tempat berkumpul guru cemerlang, cikgu juara digital, duta guru petronas, MIE Expert, Apple Teacher, Google Innovator dan banyak lagi! bahasa mudah semua hebat-hebat belaka! kita saja guru biasa yang bercita-cita menjadi luar biasa.






Sebiji lampu hanyalah membawa maksud kesunyian, kesepian tetapi 181 Biji lampu bila dinyalakan mampu menjadikan hutan kelihatan sebuah resort mewah! 

Itulah perumpamaan yang dapat digambarkan kerana nyalaan lampu-lampu itu menghasilkan pelbagai idea yang lebih WOW! untuk dilaksanakan untuk dunia pendidikan di Malaysia. 







Minum kopi tidak membicarakan hal orang lain, tapi membicarakan hal apa yang telah kita lakukan dan bagaimana kita boleh berkolaborasi menjadikan sesuatu yang telah dihasilkan lebih meluas penggunaanya.





#AdikBeradikAYU telah menganjurkan Hari Keluarga di Kuala Lumpur yang dihadiri oleh 65 buah keluarga di Midaris Syariah Hotel baru-baru ini. Kehangatan semangat berkongsi masih terasa disambut pula dengan majlis istimewa ini oleh PADU, KPM sememangnya terus menyemarakkan api semangat untuk berikan yang terbaik untuk dunia pendidikan digital di Malaysia.

Terima Kasih PADU! 
Terima.Kasih KPM! 




Segala perkongsian dan nasihat akan kami simpan rapat-rapat jadikan pegangan dalam bermedia sosial kerana kita ada tanggungjawab jauh lebih besar untuk pendidikan di Malaysia. 









Memetik kata-kata pakar motivasi Malaysia Abdul Muiez : 

Harimau tidak perlu bagitahu yang dirinya hebat. Helang tidak perlu bagitahu yang dia mampu terbang tinggi. Semua makhluk tahu kehebatan mereka.

Begitulah hebatnya guru-guru di Malaysia, kehebatan mereka tidak dicanang dan segala sumbangan mereka yang begitu luas tidak menjadikan mereka mendabik dada terbang ke kayangan memandang orang lain terlalu kecil sebaliknya masih terus berpijak di bumi yang nyata sama seperti sebelumnya.. Terbaik!


Jutaan terima kasih kepada Yb Dato Hj Pkharuddin Ghazali , Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia  kerana sudi meluangkan masa untuk bersama Edufluencer dalam majlis makan malam yang diadakan di Hotel Tamu, Kuala Lumpur pada 29 Oktober 2022. Tidak lupa Team PADU yang sangat Awesome! 

Pn. Azzatullina Pawanchik
Pn. Afiza Binti Aksan
Tn. Shafizul Azmil Bin Jaafar
Tn. Mohamad Izzudin Bin Amdan
Pn. Siti Fatima Mohamed Yusop
Dr. Nita @ Siti Raudhah binti Amri
Datin Rosliza Rosli

anda memang PADU! 



Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top