Tahniah pemenang kuiz kenegaraan 2022
Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!
Alhamdulillah penganjuran Kuiz Kenegaraan 2022 dengan kerjasama Akademi Youtuber Malaysia dan KuizAYU Dot Com berlangsung dengan jayanya. Pertandingan pada tahun ini mendapat penyertaan pelajar dari seluruh Malaysia dengan jumlah penyertaan bagi sekolah rendah seramai 482 dan untuk sekolah menengah seramai 840 pelajar direkodkan mendaftar penyertaan.
Penganjuran pertandingan-pertandingan sempena hari bersejarah negara Malaysia sering diadakan oleh Akademi Youtuber untuk memeriahkan lagi sambutan khususnya di dalam dunia pendidikan digital. Dilsaksanakan secara dalam talian melibatkan para pelajar seluruh negara. Penganjuran untuk tahun ini semua hadiah utama dan cabutan bertuah ditaja sepenuhnya oleh guru-guru Malaysia yang bergelar Youtuber Pendidikan di bawah naungan Akademi Youtuber Malaysia.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa dan lebih ramai penaja hadiah yang akan terlibat selepas ini.
Ikuti siaran langsung pengumuman pemenang melalui pautan video berikut :
Catat Ulasan