Bandingkan dengan gambar yang diperoleh dari google jika kita merujuk nenas MD2
Besar kan? berikut rahsianya...
Jarang kita dengar orang siram pokok nenas, lazimnya ditanam di ladang pada musim hujan dan air itu sudah mencukupi untuk kembangkan akarnya.
Kali ini benih dari MD2 johor, diintegrasikan dengan sistem fertigasi siraman automatik 5 kali sehari.. berkongsi paip dengan pohon anggur dan jagung.. ini hasilnya..
Tengok pokok dah cukup besar, harap2 buah yang keluar setanding dengan pokoknya.
Boleh baca lanjut di sini : http://animhosnan.blogspot.my/2011/08/nenas-md2.html

Daun yang boleh dikatakan tidak berduri, kalau ada pun boleh dikira dengan jari.
Di sini ada sedikit petikan dari web anim agro technology tentang nenas MD2
NENAS MD2
NENAS MD2 (Ananas cosmosus) merupakan sejenis nenas yang popular dalam pasaran nenas dunia dalam bentuk pasaran segar. Nenas MD2 telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian dengan kod pendaftaran sebagai AC 8 (Nenas MD2). mendapat permintaan tinggi disebabkan ciri-ciri warna, rasa, bentuk, tahap kematangan , tahan lama yang menepati kehendak pasaran nenas segar antarabangsa dan merupakan NENAS PALING SUPERIOR diantara banyak varieti nenasNenas MD2 ini juga digelar dengan nama 'DINAR PINEAPPLE' yang popular dipasaran negara-negara Arab dimana di kenali sebagai' 'MISS DOLE' di beberapa negara lain. Tahap kemanisan yang sangat tinggi dan warna kulit keemasan merupakan faktur utama yang mana nenas MD2 iaitu didakwa sebagai nenas hibrid menjadi tanaman buah nenas yang berpotensi tinggi di tanam secara lebih luas di Malaysia. Artikel subuh 10 Ramadan ini saya mengutarakan tanaman nenas varieti MD2 berdasarkan maklumat dan pmbacaan saya dalam sektor pertanian.
Berikut adalah pencirian mengenai nenas varieti MD2 yang saya baca dalam lamanweb untuk pengetahuan anda:
CIRI NENAS MD2
Varieti: Golden Sweet (MD2)
Kelas (Class): EXTRA
Kadar Kandungan Gula (Sugar level) :
Lebih dari 16 -17° Brix
Keasidan (Acidity): < 1%
Garispusat (Diameter) : Min. 5 cm Max. 10 cm
Berat (Weight) : > 1.5kg
Muatan dalam Kotak (Boxes): 5, 6, 7, weight 12.00 kg 1500 boxes, on 20 pallets of 75 boxes each
Potensi Hasil MD2 : 35 -45 mt/ha/musim
Berikut adalah pencirian mengenai nenas varieti MD2 yang saya baca dalam lamanweb untuk pengetahuan anda:
CIRI NENAS MD2
Varieti: Golden Sweet (MD2)
Kelas (Class): EXTRA
Kadar Kandungan Gula (Sugar level) :
Lebih dari 16 -17° Brix
Keasidan (Acidity): < 1%
Garispusat (Diameter) : Min. 5 cm Max. 10 cm
Berat (Weight) : > 1.5kg
Muatan dalam Kotak (Boxes): 5, 6, 7, weight 12.00 kg 1500 boxes, on 20 pallets of 75 boxes each
Potensi Hasil MD2 : 35 -45 mt/ha/musim
Boleh baca lanjut di sini : http://animhosnan.blogspot.my/2011/08/nenas-md2.html
Disebabkan saiz agak besar mencecah 2.5 kg maka urusan mengupas pun agak sukar.
Ini dia hasilnya, dengan aroma nenas yg sgt kuat, isi yang berjus dan ada sedikit rasa wangi yang tak pernah jumpa sebelum ini.
Tekaan yang hampir tepat... 2.5kg
SALAM...BAJA APA PAKAI UNTUK FERTIGASI TU TUAN??
BalasPadamsalam tuan..baja apa pakai untuk fertigasi nenas tu?
BalasPadam