Tanaman Anggur : 3 Istilah penting untuk pembuahan

Tanaman Anggur : 3 Istilah penting untuk pembuahan



Catatan ringkas apa yang perlu difahami untuk menjadikan pohon anggur berbuah lebat.


1. Training
Kaedah memangkas batang primer sebagai langkah 'renewal' untuk mendapatkan 'Trunk' baharu.



2. Cane Pruning
Kaedah memangkas batang sekunder sebagai langkah 'renewal' untuk menggantikan 'Fruiting Cane' yang baharu. Batang sekunder yang paling hampir dengan batang primer dipertahankan.



3. Spurs Pruning
Kaedah memangkas batang tertier bagi tujuan menghasilkan buah yang dipanggil 'Fruiting Spurs'. Setiap musim pembuahan perlu tinggalkan hanya satu 'Fruiting Spurs'.


SEBELUM PEMANGKASAN
KAEDAH 1
Ada terbaca tulisan blogger tentang kaedah 'stress air' dengan menghentikan siraman 1-4 minggu kepada pohon anggur sehingga daun kuning dan luruh.. kemudian siram dalam seminggu baru buat pruning. Seram bunyinya... takut kuning terus... tak berani pula nak buat..
LOGIK : Agak berisiko.. tapi masih boleh dicuba untuk melihat hasilnya.. ibarat pohon anggur ini merasakan musim panas yang sebenar.


KAEDAH 2
Siraman seperti biasa, cuma buang semua daun.. potong semua pucuk muda dari semua cabang.. cane dan spurs. Jadi pohon anggur anda akan tinggal batang sahaja... nampak agak buruk.. tapi hasilnya selepas itu akan keluar pucuk baru dan bunga anggur! Teknik ini digunakan di ladang2 anggur luar negara... memang nampak serabut, tapi bila buah keluar... serabut itu hilang!.
LOGIK : Sangat logik untuk buah yang besar dan pertumbuhan pucuk yang pantas kerana semua nutrien akan fokus kepada bunga dan pucuk sahaja.


KAEDAH 3
Siraman seperti biasa, hanya potong pucuk2 cane dan spurs sahaja.. lepas itu pucuk baru akan keluar berserta bunga. Simple jika anda ingin mengekalkan kehijauan taman anda. 
LOGIK : Boleh dipraktikkan untuk menghasilkan buah sambil mengekalkan kehijauan taman. Tapi pertumbuhan buah dan pucuk pasti akan perlahan pabila masih banyak daun yang turut sama perlukan nutrien ketika itu.


UNTUK DAPATKAN BUAH BESAR DAN MANIS
1. FRUITING SPURS HANYA 1 DARI FRUITING CANE
2. GUNAKAN FOLIAR FFJ(PISANG) SELEPAS PRUNING.
3. PENJARANGAN BUAH, JANGAN SAYANG... BUANG SEDIKIT.. PASTI YG LAIN AKAN MEMBESAR!
SEMUA ILMU INI AKAN DIPRAKTIKKAN DALAM MASA TERDEKAT





Ini dia buah daripada pokok yang berusia dua tahun lebih. Banyak kali dah makan, pokok yang boleh 'renew' segalanya. Biar rosak daun macamana pun, bila prunning semuanya akan kembali normal. Sebab itu saya sangat suka tanaman anggur, lasak dan boleh diperbaharui. 






Selamat mencuba! 

Rasulullah s.a.w pernah berehat di bawah pohon anggur semasa perang, lain nikmatnya jika penat belerja berehat seketika di bawah pohon ini, angin sepoi2 bahasa... Indahnya dunia. Alhamdulillah. 




Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top