Ketam nipah, ada orang panggil ketam nyok. Dua2 sama, jangan makan ketam batu sudah.. hehe keras! patah gigi. Hari nih cikgu nak kongsi cara memasak ketam nipah nih. Selalu beli bila masak kaki semua luruh... sungguh menyedihkan bila ketam dalam pinggan sudah tidak seperti ketam .
ini ketam yang masih hidup, kalau tercabut tali tu kepit tangan mahu putus rasanya.
Kali ini eksperimen demi ekperimen cikgu buat untuk pastikan ketam berada dalam keadaan sempurna walaupun sudah di masak! baru syok nak makan... ini cara2 nya...
Rendam ketam yang hidup nih dalam ais lebih kurang 3 minit... dia akan pening2 lalat dan mati dalam kekejangan. Kekejangan ini yang menyebabkan struktur badan dia tidak terpisah apabila digoren atau di masak.
Hasilnya! taraaa....sungguh tidak mengecewakan.. selamat mencuba!
Catat Ulasan