Top-50 Blogger Pendidikan terima badge 'Certified EduBlogger' daripada Akademi Youtuber Malaysia
Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!
TOP-50 kedudukan lokasi guru-guru yang telah menyertai 10 siri perkongsian ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dari seluruh negara dan telah dianugerahkan badge 'CERTIFIED EDUBLOGGER' untuk tahun 2023. Tahniah!
Alhamdulillah semalam berakhir sesi perkongsian ilmu blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan menyaksikan 50 orang guru menjadi penerima terawal untuk badge Certified Edublogger membawa maksud mereka adalah kumpulan guru yang komited dan berkeupayaan mengembangkan ilmu blogger di peringkat sekolah, daerah dan negeri masing-masing.
Semua guru yang terlibat secara langsung dalam pembangunan Modul Penguasaan Ilmu Blogger ini tersemat dalam lipatan sejarah kerana modul ini akan dimuatkan dalam sistem pembelajaran dalam talian / LMS untuk memberi peluang lebih ramai mengikutinya dari semasa ke semasa.
Jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan Youtuber khususnya Yu.Zuly dan Yu.Hazar yang sentiasa hadir menjadikan sesi perkongsian menarik dan memudahkan perkongsian dilaksanakan. Menghargaai kesungguhan dan semangat rakan-rakan pendidikan yang ingin terus berjuang dalam proses digitalisasi dunia pendidikan di Malaysia maka selayaknya mereka dihargai dan dianugerahkan dengan status 'Certified Edublogger' yang diberikan oleh Akademi Youtuber Malaysia.
Pengiktirafan ini membolehkan para Blogger Pendidikan meletakkan badge ini di laman blog masing-masing dan para pengunjung boleh menyemak senarai domain yang telah diiktiraf terus dari portal rasmi Akademi Youtuber. Semoga usaha kecil ini dapat melahirkan lebih ramai pencipta kandungan digital di Malaysia.
Contoh penggunaan badge di sebuah laman blog yang telah menerima badge pengiktirafan.
BACA JUGA :
🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan
🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023
🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.
Catat Ulasan